Hai...Lepas musim raya ni, apa kata kita semak status saman masing-masing.
Kita lihat, siapa yang KENA!hehe......
http://www.jpj.gov.my/pertanyaan-saman-notis
Langit dan Bumi
Monday, 26 August 2013
Tips Membayar Hutang PTPTN
Kaedah bijak
membayar hutang PTPTN
Peruntukan oleh kerajaan sebanyak 10% diskaun setahun kepada
pembayar pinjaman PTPTN yg membayar mengikut jadual. Kenapa disia-siakan?
Sebelum itu juga,kerajaan telah memperkenalkan skim ‘Ujrah’,
iaitu kadar upah perkhidmatan 1% setahun menggantikan caj perkhidmatan 3% dan
4% sblm ini. Apa kelebihan ujrah ni?
Kita lihat contoh mudah pengiraan bayaran hutang jika kita
manfaatkan sepenuhnya setiap kemudahan yang diberi oleh kerajaan.
Jumlah Pokok Hutang
PTPTN: RM 20,000.00
Tempoh pembayaran balik: 10 Tahun (120 bulan)
Jumlah upah perkhidmatan (Ujrah)1% setahun: RM20,000 x 1% x
10 tahun= RM2,000
Jumlah Keseluruhan
Hutang: RM20,000 + RM2,000= RM22,000
Bayaran bulanan mengikut jadual: RM22,000 / 120bulan = RM184.00.
Potongan Diskaun
10% setahun sekiranya bayar ikut jadual.
RM 184.00 x 12bulan = RM2,208.00.
Jumlah diskaun yang diperoleh: RM 2,208 x 10% = RM 220.80 setahun
Sekiranya bayaran ini dikekalkan selama 10tahun, jumlah
diskaun yang akan diperoleh ialah:
RM 220.80 x 10 tahun= RM
2208.00
Jd, anda boleh lihat,diskaun yang kita perolehi adalah lebih
banyak dari jumlah ‘Ujrah’ yang dikenakan sblm ini (RM2000.00).
Jumlah keseluruhan hutang – jumlah diskaun = RM 22,000.00 –
RM 2208.00
= RM 19,792.00
Pembayaran yang kita
buat selama 10 tahun ialah RM 19,792.00 sahaja berbanding hutang asal RM
20,000.00.
Oleh itu, jumlah hutang yang kita bayar adalah lebih rendah
berbanding jumlah pokok hutang yang kita ambil.
Tidakah ini penjimatan kepada peminjam?
Jd, tiadalah istilah yang mengatakan kerajaan memerah duit
rakyat.
OK, itu jika kita bayar ikut minimum dalam jadual.
Bagaimana jika kita membayar lebih seperti RM 200 setiap bulan?
Semestianya jumlah potongan yg kita terima lebih besar.
Contoh:
RM 200.00 x 12 bulan = RM
2400.00 setahun.
Jumlah diskaun setahun: RM 2400.00 x 10% = RM 240.00
Jika bayaran kekal selama 10tahun, jumlah diskaun: RM 240.00
x 10 tahun =RM 2400.00 Penjimatan.
Jumlah hutang keseluruhan – jumlah diskaun = RM 22,000.00 –
RM 2400.00
= RM 19,600.00
Pembayaran yang kita
buat selama 10 tahun ialah RM 19,600 sahaja berbanding hutang asal RM 20,000.
Tetapi ingat, jika kita bayar lebih, tempoh pembayaran akan
lebih singkat. Mungkin 9 tahun, mungkin 8 tahun.
Maknanya lebih byk kita bayar setiap bulan, lebih banyak
potongan yg diperolehi.
Apa yang lebih
penting, jadilah peminjam yang bertanggungjawab. Bukan lari dari tanggungjawab.
SELAMAT MEMBAYAR.
JADILAH PEMINJAM YANG
BIJAK.
Wednesday, 21 August 2013
Tips Perjalanan Ketika Musim Perayaan
Rasanya masih tak terlambat utk aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam. Maklum la, kita skrg sudah berada di fasa akhir bulan Syawal. Mungkin tak semeriah spt minggu pertama raya. Tp dgn adanya majlis rumah-rumah terbuka, suasana raya masih dapat dirasai..
Ok...Musim raya tahun ni aku beraya kat family belah bini aku. Nun jauh kat Kelantan. Maklumlah aku ni org johor. Kira jauh la Kelantan tu. Biasa lah adat berumah tangga,tahun lepas raya kat Johor, tahun ni kat sebelah sana lah pulak. Takkan nk gaduh-gaduh nk raya ni betul tak?hehe...Aku balik bertiga dgn isteri dan anak berusia 7bulan.
Bg yg ada anak kecil ni, perjalanan yg jauh mesti cabarannya lbih besar. Lagi-lagi musim perayaan, ditambah dengan jemnya. Yang aku nk kongsi ni tips utk perjalanan jauh dgn suasana yg selesa, tenang, tenteram. Dan yang penting, selamat bersama org tersayang..
Aku ambil jalan mudah, tetapi dgn persediaan mental & fizikal yg kuat. Iaitu memulakan perjalanan pada waktu malam... Aku ni tiap tahun paling kurang 2 kali bermusafir ke Kelantan musim perayaan. Jd, kira dah masak sangat dgn suasana kalau balik kampung waktu siang yg jem teruk, panas terik, nak isi minyak kena beratur panjang, lori gerak macam siput. Walaupun waktu malam musim raya kereta pn bole kira banyak juga, tp majoriti besar pilih bergerak waktu siang. Ditambah lg dgn polis yg buat operasi. Memang ambil masa yg panjang untuk sampai ke destinasi. Silap-silap lebih 12 jam baru sampai.. Lagipun siang hari ni kena puasa. Letih tau.
Sebab tu aku pilih jalan waktu malam. Lagipun apabila kita ada anak kecil ni, waktu siang memang tak sesuai bawa berjalan jauh. Mana dia nak makan, nak main, nk susu, nk mandi, susah nk tidur. Lagi parah jika baby berak. Klu dah sangkut jem kat tgh hutan, hujan lagi, tak kesian ke budak tu?Jd kalau kita gerak malam ni suasananya tenang, baby tidur je, malam tak makan, risiko berak waktu malam pun rendah. Kalau berak pun, kita tak sangkut dalam jem.. Pada aku, biar baby & mak baby rehat, aku berjaga. Drive sorang-sorang,bini aku takda lesen. Sebab tu persediaan mental & fizikal kena kuat. Potong memotong tu benda biasa, tp isteri tidur,takda la bising.hehe.. Kereta pun banyak tau waktu malam musim raya ni. Paling takut mata terlelap je, risiko paling besar ketika memandu. Tapi dengan pengalaman dah biasa jalan jauh ni, duk kejar potong memotong takda la mengantuk sgt..
Ok, aku nak senaraikan secara ringkas perjalanan balik kampung pada raya baru-baru ni..
9.00 pm- Bertolak dari kampung kat Batu Pahat. Masuk highway PLUS tol Yong Peng utara. ( Aku tak pilih jalan Segamat-Muadzam-Gambang-Terangganu walaupun jaraknya dekat sikit tp jalannya kecil, tak rata, banyak hutan takut ada haiwan liar melintas. Nak speed lebih sikit bahaya. Lagipun masa yg diambil utk sampai panjang sikit )
11.15 pm- Dah kat RnR Seremban. Rehat. Penuhkan minyak. Minyak ada lg separuh, tp nak tunggu 12 malam punya pasal ( dapat rebat tol 20% ) buat-buat la buang masa dlm 30 minit... Nak raya ni kena pandai berjimat. Kerajaan nk bg rebat, rugi la tak ambil. Lepas ni nk tempuh jauh lg perjalanan. Rehat cukup-cukup.
00.10 am- Keluar kat tol Sungai Besi. Kadar tol biasa RM29.70. Tp dgn diskaun 20% ni, jimat la dlm RM6
1.00 am - Dah kat tol Karak. Masa ni kena bg perhatian lebih sikit. Jalan Karak ni berbukit curam, selekoh tajam. Lagi-lagi kat area Genting Highland. Tp anak bini sedap je tido kat belakang..
3.30 am - Dah sampai Petronas Gua Musang... Nmpk mcm jauh, tp klu jalan lancar sekejap je. Sbb tu aku pilih jalan malam. Yang penting minyak kena cukup. Aku isi minyak dan yang penting isi perut (Sahur la..). Puasa tak abis lg.. Musafir zaman skrg ni bukan sebab kita nak ponteng puasa tau. Masa tu hujan, dapat la rasa pengalaman bersahut dalam kereta jer. Anak bini sambung tidur. Bini cuti puasa (paham-paham la org pempuan). Aku berenti kat sini sejam setengah. Bajet smpi destinasi lepas mertua siap sahur dan nak subuh kat rumah je. Tak la dieorg sibuk-sibuk. Pukul 5.00 am baru sambung perjalanan.
6.15 am - Alhamdulillah dah sampai kampung kat Kuala Krai. Isteri kata "hai, pejam celik-pejam celik dah sampai?sekejapnya?". yea la, dia tu tidur je. Kita ni yg celik tak pejam-pejam bkn dia tahu. hehe
Amacam? Try la korang journey waktu malam. Trafik tak serabut. Ikutkan 7jam lebih pn dah bole sampai. Tp bajet nk smpai waktu subuh, rehat la lebih sikit. Bulan puasa. Lepas sampai tu, solat subuh, terus membuta sampai zuhur. Penat woo drive sorang-sorang+ngantuk lagi..
Ikut jalan KL ni aku rasa selesa sikit, jimat masa dan jimat minyak, berbanding jalan Muadzam Shah. Minyak RM100 pun tak habis ikut KL ni. Cuma kena spare duit tol je..
Perjalanan balik pun aku pilih jalan yang sama, waktu yg sama. Cuma aku gerak lagi lewat, pukul 11malam. Kenapa?Sbb org dari Kota Bharu ni biasanya gerak petang dan awal malam. Jd, biarlah aku lepaskan dieorg dulu balik KL. Malas nak menambah jem dieorg. Dah masak sgt dgn perangai org Kelantan suka jem-jem ni. Bawa kereta slow-slow jer...Aku pulak dah penat jem sbb kerja kat JB. 11 malam gerak, 1 pagi kat gua musang tempat sahur hari tu. Pukul 4 lebih pagi dah kat RnR Seremban. Kat sini yg aku dah tak tahan ngantuk sangat. Terpaksa bantai tidur dlm kereta sampai 6.30 pagi. Kat highway ni ngantuknya lain macam sikit. Maklum la jalannya selesa. Dah la agak laju, lelap sikit naya.. Sampai Batu Pahat 8.30 pg. Beraya kat kampung sendiri pulak...
Alhamdulillah masih diberi peluang menatap wajah mak abah.. Rindunya... Hilang segala penat letih..

Tuesday, 20 August 2013
Kata-kata keramat langit & bumi
Assalamualaikum . . . w.b.t. &
Salam sejahtera.
Sebagai 1st post ni,aku lebih suka nak jelaskan lebih detail kenapa aku pilih ungkapan "Langit&Bumi" ni.
Sbg org baru dlm penulisan blog ni,aku lebih senang letakkan diri aku di Bumi. Tempatnya yg dibawah,permulaan dan baru menetap.
Tp apabila ungkapan keramat Langit&Bumi kedengaran, difikiran kita akan terbayang mengenai perbezaan,jurang mahupun darjat. Bukan maknanya kat sini aku nak tunjuk jurang antara kita berbeza. Tp aku nak tunjukkan antara langit & bumi ialah sesuatu yg indah dan harmoni.saling memerlukan antara satu sama lain.
Langit & bumi tak terpisah apabila melibatkan usia,harta,pangkat dan kedudukan. Apabila org mengatakan "kita tak boleh bersama kerana usia kita ibarat langit&bumi". Apa yg ada pada usia.adakah perbezaan usia menghalang utk kita bekerjasama?adakah perbezaan usia menghalang utk kita bersatu?sebenarnya,perbezaan inilah yg kita sgt perlukan utk kesejahteraan bersama. Bkn utk jodoh semata-mata. Tp apabila ada keperluan,yg muda akan mencari yg tua utk menuntut ilmu,untuk mendapatkan nasihat.tak kurang juga kita memerlukan golongan 'tua' ini utk wakil rombongan meminang!.
Yg tua pula memerlukan kudrat tenaga si muda utk melakukan kerja-kerja berat.bukan ke ini harmoni pada perbezaan usia?
"kita tak boleh duduk semeja,kita tak boleh jalan seiringan kerana harta dan pangkat kita ibarat langit&bumi!". Kata2 angkuh yg biasa keluar dari mulut mereka yg kaya dan berada. Bg aku,mereka yg angkuh begini ialah org yg lupa asal-usul. mereka tak pandang org miskin. mereka hanya mahu berkawan dgn org kaya. Pada mereka,org miskin ni menyusahkan. Tp mereka lupa,kalau semua org didunia ni kaya,siapa nk memandu kereta mereka?siapa nk buat rumah mereka?siapa nk membuat jalanraya?dan paling mereka lupa,siapa yang nk bertani utk menghasilkan sesuap nasi dimulut org kaya ni?klu tiada org rendah darjat,tentu semua ni susah utk dimiliki. Jd dekat sini kita lihat, antara yang kaya dan miskin mereka saling perlu memerlukan.jgn lah dilihat perbezaan yg ada.kita pn tahu rezeki masing-masing sudah tertulis.maka,berkongsilah...sedang dlm Islam sendiri dituntut supaya yg berharta bersedekah dan berzakat utk membantu golongan yg susah.
Kita di Malaysia juga sungguh bertuah.jika nk dibandingkan keamanan dinegara kita dgn keamanan dinegara Islam timur tengah,ibarat langit&bumi. Tatkala kita boleh tidur nyenyak setiap malam, saudara seagama kita disana tidak lena tidur,dihantui keganasan,dihujani peluru,darah tumpah setiap hari. bersyukurkah kita pada Allah?Apalah salahnya jika kita bangun sebentar dimalam hari utk mendoakan dan mengingati saudara kita yg dlm kesusahan. Indahnya keamanan ini jika dikongsi bersama...
Resam jari dan resam gigi.
Cubalihat sebelah tangan kita.
5 jari kita tak pernah dan tak akan menjadi sama dan sekata.begitu juga gigi.Perbezaan dan kedudukan ini akan kekal sehingga kita mati. Jari kita tak pernah duduk sama tinggi. Tp masing-masing memerlukan satu sama lain. Mahukan kita dilahirkan dgn jari yg sama panjang?tentu org akan gelar kita sbg "alien".
Begitu juga gigi. Walaupun berbeza, ia adalah utk kesempurnaan hidup. Bolehkah kita rasai nikmat makanan jika semua gigi kita adalah gigi geraham?tentunya tidak. Inilah antara sebaik-baik kejadian yg Allah kurniakan pd manusia.Walaupun perbezaan dan jurang itu sentiasa wujud, sifat hormat-menghormati, bantu-membantu dan bekerjasama itulah yg membuatkan kita semua mulia disisi Pencipta..
Antara langit dan bumi,ia bukanlah jurang. Tp ia adalah ikatan.

Subscribe to:
Posts (Atom)