Monday, 26 August 2013

Tips Membayar Hutang PTPTN

Kaedah bijak membayar hutang PTPTN

Peruntukan oleh kerajaan sebanyak 10% diskaun setahun kepada pembayar pinjaman PTPTN yg membayar mengikut jadual. Kenapa disia-siakan?
Sebelum itu juga,kerajaan telah memperkenalkan skim ‘Ujrah’, iaitu kadar upah perkhidmatan 1% setahun menggantikan caj perkhidmatan 3% dan 4% sblm ini. Apa kelebihan ujrah ni?

Kita lihat contoh mudah pengiraan bayaran hutang jika kita manfaatkan sepenuhnya setiap kemudahan yang diberi oleh kerajaan.

Jumlah Pokok Hutang PTPTN: RM 20,000.00
Tempoh pembayaran balik: 10 Tahun (120 bulan)
Jumlah upah perkhidmatan (Ujrah)1% setahun: RM20,000 x 1% x 10 tahun= RM2,000
Jumlah Keseluruhan Hutang: RM20,000 + RM2,000= RM22,000
Bayaran bulanan mengikut jadual: RM22,000 / 120bulan = RM184.00.

Potongan Diskaun 10% setahun sekiranya bayar ikut jadual.
RM 184.00 x 12bulan = RM2,208.00.
Jumlah diskaun yang diperoleh: RM 2,208 x 10% = RM 220.80 setahun
Sekiranya bayaran ini dikekalkan selama 10tahun, jumlah diskaun yang akan diperoleh ialah:
RM 220.80 x 10 tahun= RM 2208.00
Jd, anda boleh lihat,diskaun yang kita perolehi adalah lebih banyak dari jumlah ‘Ujrah’ yang dikenakan sblm ini (RM2000.00).
Jumlah keseluruhan hutang – jumlah diskaun = RM 22,000.00 – RM 2208.00
                                                                   = RM 19,792.00
Pembayaran yang kita buat selama 10 tahun ialah RM 19,792.00 sahaja berbanding hutang asal RM 20,000.00.

Oleh itu, jumlah hutang yang kita bayar adalah lebih rendah berbanding jumlah pokok hutang yang kita ambil.
Tidakah ini penjimatan kepada peminjam?
Jd, tiadalah istilah yang mengatakan kerajaan memerah duit rakyat.

OK, itu jika kita bayar ikut minimum dalam jadual.
Bagaimana jika kita membayar lebih seperti RM 200 setiap bulan?
Semestianya jumlah potongan yg kita terima lebih besar.

Contoh:
RM 200.00 x 12 bulan = RM 2400.00 setahun.
Jumlah diskaun setahun: RM 2400.00 x 10% = RM 240.00
Jika bayaran kekal selama 10tahun, jumlah diskaun: RM 240.00 x 10 tahun =RM 2400.00 Penjimatan.
Jumlah hutang keseluruhan – jumlah diskaun = RM 22,000.00 – RM 2400.00
                                                                   = RM 19,600.00
Pembayaran yang kita buat selama 10 tahun ialah RM 19,600 sahaja berbanding hutang asal RM 20,000.

Tetapi ingat, jika kita bayar lebih, tempoh pembayaran akan lebih singkat. Mungkin 9 tahun, mungkin 8 tahun.
Maknanya lebih byk kita bayar setiap bulan, lebih banyak potongan yg diperolehi.
Apa yang lebih penting, jadilah peminjam yang bertanggungjawab. Bukan lari dari tanggungjawab.

SELAMAT MEMBAYAR.


JADILAH PEMINJAM YANG BIJAK.

No comments:

Post a Comment