Rasanya masih tak terlambat utk aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam. Maklum la, kita skrg sudah berada di fasa akhir bulan Syawal. Mungkin tak semeriah spt minggu pertama raya. Tp dgn adanya majlis rumah-rumah terbuka, suasana raya masih dapat dirasai..
Ok...Musim raya tahun ni aku beraya kat family belah bini aku. Nun jauh kat Kelantan. Maklumlah aku ni org johor. Kira jauh la Kelantan tu. Biasa lah adat berumah tangga,tahun lepas raya kat Johor, tahun ni kat sebelah sana lah pulak. Takkan nk gaduh-gaduh nk raya ni betul tak?hehe...Aku balik bertiga dgn isteri dan anak berusia 7bulan.
Bg yg ada anak kecil ni, perjalanan yg jauh mesti cabarannya lbih besar. Lagi-lagi musim perayaan, ditambah dengan jemnya. Yang aku nk kongsi ni tips utk perjalanan jauh dgn suasana yg selesa, tenang, tenteram. Dan yang penting, selamat bersama org tersayang..
Aku ambil jalan mudah, tetapi dgn persediaan mental & fizikal yg kuat. Iaitu memulakan perjalanan pada waktu malam... Aku ni tiap tahun paling kurang 2 kali bermusafir ke Kelantan musim perayaan. Jd, kira dah masak sangat dgn suasana kalau balik kampung waktu siang yg jem teruk, panas terik, nak isi minyak kena beratur panjang, lori gerak macam siput. Walaupun waktu malam musim raya kereta pn bole kira banyak juga, tp majoriti besar pilih bergerak waktu siang. Ditambah lg dgn polis yg buat operasi. Memang ambil masa yg panjang untuk sampai ke destinasi. Silap-silap lebih 12 jam baru sampai.. Lagipun siang hari ni kena puasa. Letih tau.
Sebab tu aku pilih jalan waktu malam. Lagipun apabila kita ada anak kecil ni, waktu siang memang tak sesuai bawa berjalan jauh. Mana dia nak makan, nak main, nk susu, nk mandi, susah nk tidur. Lagi parah jika baby berak. Klu dah sangkut jem kat tgh hutan, hujan lagi, tak kesian ke budak tu?Jd kalau kita gerak malam ni suasananya tenang, baby tidur je, malam tak makan, risiko berak waktu malam pun rendah. Kalau berak pun, kita tak sangkut dalam jem.. Pada aku, biar baby & mak baby rehat, aku berjaga. Drive sorang-sorang,bini aku takda lesen. Sebab tu persediaan mental & fizikal kena kuat. Potong memotong tu benda biasa, tp isteri tidur,takda la bising.hehe.. Kereta pun banyak tau waktu malam musim raya ni. Paling takut mata terlelap je, risiko paling besar ketika memandu. Tapi dengan pengalaman dah biasa jalan jauh ni, duk kejar potong memotong takda la mengantuk sgt..
Ok, aku nak senaraikan secara ringkas perjalanan balik kampung pada raya baru-baru ni..
9.00 pm- Bertolak dari kampung kat Batu Pahat. Masuk highway PLUS tol Yong Peng utara. ( Aku tak pilih jalan Segamat-Muadzam-Gambang-Terangganu walaupun jaraknya dekat sikit tp jalannya kecil, tak rata, banyak hutan takut ada haiwan liar melintas. Nak speed lebih sikit bahaya. Lagipun masa yg diambil utk sampai panjang sikit )
11.15 pm- Dah kat RnR Seremban. Rehat. Penuhkan minyak. Minyak ada lg separuh, tp nak tunggu 12 malam punya pasal ( dapat rebat tol 20% ) buat-buat la buang masa dlm 30 minit... Nak raya ni kena pandai berjimat. Kerajaan nk bg rebat, rugi la tak ambil. Lepas ni nk tempuh jauh lg perjalanan. Rehat cukup-cukup.
00.10 am- Keluar kat tol Sungai Besi. Kadar tol biasa RM29.70. Tp dgn diskaun 20% ni, jimat la dlm RM6
1.00 am - Dah kat tol Karak. Masa ni kena bg perhatian lebih sikit. Jalan Karak ni berbukit curam, selekoh tajam. Lagi-lagi kat area Genting Highland. Tp anak bini sedap je tido kat belakang..
3.30 am - Dah sampai Petronas Gua Musang... Nmpk mcm jauh, tp klu jalan lancar sekejap je. Sbb tu aku pilih jalan malam. Yang penting minyak kena cukup. Aku isi minyak dan yang penting isi perut (Sahur la..). Puasa tak abis lg.. Musafir zaman skrg ni bukan sebab kita nak ponteng puasa tau. Masa tu hujan, dapat la rasa pengalaman bersahut dalam kereta jer. Anak bini sambung tidur. Bini cuti puasa (paham-paham la org pempuan). Aku berenti kat sini sejam setengah. Bajet smpi destinasi lepas mertua siap sahur dan nak subuh kat rumah je. Tak la dieorg sibuk-sibuk. Pukul 5.00 am baru sambung perjalanan.
6.15 am - Alhamdulillah dah sampai kampung kat Kuala Krai. Isteri kata "hai, pejam celik-pejam celik dah sampai?sekejapnya?". yea la, dia tu tidur je. Kita ni yg celik tak pejam-pejam bkn dia tahu. hehe
Amacam? Try la korang journey waktu malam. Trafik tak serabut. Ikutkan 7jam lebih pn dah bole sampai. Tp bajet nk smpai waktu subuh, rehat la lebih sikit. Bulan puasa. Lepas sampai tu, solat subuh, terus membuta sampai zuhur. Penat woo drive sorang-sorang+ngantuk lagi..
Ikut jalan KL ni aku rasa selesa sikit, jimat masa dan jimat minyak, berbanding jalan Muadzam Shah. Minyak RM100 pun tak habis ikut KL ni. Cuma kena spare duit tol je..
Perjalanan balik pun aku pilih jalan yang sama, waktu yg sama. Cuma aku gerak lagi lewat, pukul 11malam. Kenapa?Sbb org dari Kota Bharu ni biasanya gerak petang dan awal malam. Jd, biarlah aku lepaskan dieorg dulu balik KL. Malas nak menambah jem dieorg. Dah masak sgt dgn perangai org Kelantan suka jem-jem ni. Bawa kereta slow-slow jer...Aku pulak dah penat jem sbb kerja kat JB. 11 malam gerak, 1 pagi kat gua musang tempat sahur hari tu. Pukul 4 lebih pagi dah kat RnR Seremban. Kat sini yg aku dah tak tahan ngantuk sangat. Terpaksa bantai tidur dlm kereta sampai 6.30 pagi. Kat highway ni ngantuknya lain macam sikit. Maklum la jalannya selesa. Dah la agak laju, lelap sikit naya.. Sampai Batu Pahat 8.30 pg. Beraya kat kampung sendiri pulak...
Alhamdulillah masih diberi peluang menatap wajah mak abah.. Rindunya... Hilang segala penat letih..
No comments:
Post a Comment