Assalamualaikum . . . w.b.t. &
Salam sejahtera.
Sebagai 1st post ni,aku lebih suka nak jelaskan lebih detail kenapa aku pilih ungkapan "Langit&Bumi" ni.
Sbg org baru dlm penulisan blog ni,aku lebih senang letakkan diri aku di Bumi. Tempatnya yg dibawah,permulaan dan baru menetap.
Tp apabila ungkapan keramat Langit&Bumi kedengaran, difikiran kita akan terbayang mengenai perbezaan,jurang mahupun darjat. Bukan maknanya kat sini aku nak tunjuk jurang antara kita berbeza. Tp aku nak tunjukkan antara langit & bumi ialah sesuatu yg indah dan harmoni.saling memerlukan antara satu sama lain.
Langit & bumi tak terpisah apabila melibatkan usia,harta,pangkat dan kedudukan. Apabila org mengatakan "kita tak boleh bersama kerana usia kita ibarat langit&bumi". Apa yg ada pada usia.adakah perbezaan usia menghalang utk kita bekerjasama?adakah perbezaan usia menghalang utk kita bersatu?sebenarnya,perbezaan inilah yg kita sgt perlukan utk kesejahteraan bersama. Bkn utk jodoh semata-mata. Tp apabila ada keperluan,yg muda akan mencari yg tua utk menuntut ilmu,untuk mendapatkan nasihat.tak kurang juga kita memerlukan golongan 'tua' ini utk wakil rombongan meminang!.
Yg tua pula memerlukan kudrat tenaga si muda utk melakukan kerja-kerja berat.bukan ke ini harmoni pada perbezaan usia?
"kita tak boleh duduk semeja,kita tak boleh jalan seiringan kerana harta dan pangkat kita ibarat langit&bumi!". Kata2 angkuh yg biasa keluar dari mulut mereka yg kaya dan berada. Bg aku,mereka yg angkuh begini ialah org yg lupa asal-usul. mereka tak pandang org miskin. mereka hanya mahu berkawan dgn org kaya. Pada mereka,org miskin ni menyusahkan. Tp mereka lupa,kalau semua org didunia ni kaya,siapa nk memandu kereta mereka?siapa nk buat rumah mereka?siapa nk membuat jalanraya?dan paling mereka lupa,siapa yang nk bertani utk menghasilkan sesuap nasi dimulut org kaya ni?klu tiada org rendah darjat,tentu semua ni susah utk dimiliki. Jd dekat sini kita lihat, antara yang kaya dan miskin mereka saling perlu memerlukan.jgn lah dilihat perbezaan yg ada.kita pn tahu rezeki masing-masing sudah tertulis.maka,berkongsilah...sedang dlm Islam sendiri dituntut supaya yg berharta bersedekah dan berzakat utk membantu golongan yg susah.
Kita di Malaysia juga sungguh bertuah.jika nk dibandingkan keamanan dinegara kita dgn keamanan dinegara Islam timur tengah,ibarat langit&bumi. Tatkala kita boleh tidur nyenyak setiap malam, saudara seagama kita disana tidak lena tidur,dihantui keganasan,dihujani peluru,darah tumpah setiap hari. bersyukurkah kita pada Allah?Apalah salahnya jika kita bangun sebentar dimalam hari utk mendoakan dan mengingati saudara kita yg dlm kesusahan. Indahnya keamanan ini jika dikongsi bersama...
Resam jari dan resam gigi.
Cubalihat sebelah tangan kita.
5 jari kita tak pernah dan tak akan menjadi sama dan sekata.begitu juga gigi.Perbezaan dan kedudukan ini akan kekal sehingga kita mati. Jari kita tak pernah duduk sama tinggi. Tp masing-masing memerlukan satu sama lain. Mahukan kita dilahirkan dgn jari yg sama panjang?tentu org akan gelar kita sbg "alien".
Begitu juga gigi. Walaupun berbeza, ia adalah utk kesempurnaan hidup. Bolehkah kita rasai nikmat makanan jika semua gigi kita adalah gigi geraham?tentunya tidak. Inilah antara sebaik-baik kejadian yg Allah kurniakan pd manusia.Walaupun perbezaan dan jurang itu sentiasa wujud, sifat hormat-menghormati, bantu-membantu dan bekerjasama itulah yg membuatkan kita semua mulia disisi Pencipta..
Antara langit dan bumi,ia bukanlah jurang. Tp ia adalah ikatan.
No comments:
Post a Comment